Kelas Ms. Publisher (Asas Ms. Publisher)

24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 23 Jun 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Publisher iaitu ‘Asas Ms. Publisher’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk meningatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang sebelum pernah mengikuti kelas yang sama. Namun kebanyakkan mereka sudah lupa asas-asas dalam menggunakan Ms. Publisher.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan kegunaan Ms. Publisher dan perbezaannya dengan program Microsoft yang lain. Kelas kali ini, peserta diajar asas memasukkan text box dan gambar menggunakan Ms. Publisher. Sebelum itu, peserta diminta untuk memuat turun gambar yang terdapat dalam Internet menggunakan Google Chrome. Terdapat peserta yang masih tidak tahu cara-cara memuat turun gambar dalam Internet ke dalam komputer. Setiap peserta dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya 4 biji gambar untuk dimasukkan ke dalam Ms. Publisher nanti. Setelah semua peserta berjaya memuat turun semua gambar tersebut, mereka dikehendaki memasukkan semua gambar tersebut ke dalam Ms. Publisher sekali dengan caption gambar tersebut.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali